My thots

Happiness lives for those who cry, those who hurt, those who have searched, and those who have tried, for only they can appreciate the importance of people who have touched their lives. Love begins with a smile, grows with a kiss and ends with a tear. The brightest future will always be based on a forgotten past, you can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches.

Wednesday, August 31, 2005


Bila nak start filing? I wonder when is that gonna be? Haha.. the more I fikirkan the more lah tak jalan. I ever tried taking the whole week off from normal job routine, just to concentrate on filing. Tapi tak jalan jugak. Makin menambah the stacks of papers.. hehe..

Anyway, smlm malam I cuma just start jahit my seluar.. tiba2 mata berat.. jam kol 9pm. Sekejap lah lelapkan mata. Nanti hubby balik, boleh bangun sediakan makanan untuknya..

hehe.. hubby balik tau.. tapi mata berat.. so continue je lah hehe.. Sorry sayang. Kecian dia kene hidang nasi sendiri. Hehe..


Tapi wah, pagi tadi bukan main segar bugar mata, sempat gosok baju, seluar & tudung. Then sempat sediakan sarapan. Namun, muscle tak boleh bertahan. Sampai aje work, mata start berat.. Dia kata suruh rest.. alah tak boleh bab kejap lagi ade meeting. Alah... zzzz

Tuesday, August 30, 2005

Hmm, lama benar tak tulis. So risau gitu. Bukan kerana malas. Tapi takde mase. Maklumlah only create post during office hour. Hehe..

Anyway, tadi baru bebual dgn my cuzzin. Her hp nokia 6670 kene pickpocketed last Sun kat jb. Baru 10mins use, skali tgk lagi dlm beg, dah lesap hp. Dia so attached to the phone pasal gambar anak2 yg cute ada kat dlm. Baru pakai 2 bulan.

Kesian betul. Yg dorg tu takde keje lain ke.. nak pickpock-pickpock harta orang lain. Kan tak bagus. Apa rasanya kalo your harta org lain amik? Suka tak?

I do believe that whatever in this world hanyalah pinjaman termasuk your family members. Semua yg ada ni hanyalah milik Allah. Hanya dia yg mengetahui sebab kenape terjadinya kehilangan.

Tanpa kehilangan, takdelah penyesalan.
Tanpa penyesalan, takdelah kesedaran.
Tanpa kesedaran, takdelah kebangkitan.

Bangun! Kuatkan semangat...
Kekuatan semangat untuk menjadi sempurna.
Tapi kesempurnan tidak akan menjadi kenyataan, hanyalah khayalan...

Thursday, August 25, 2005

Yg smlm tu bukanlah karya sendiri tapi diambil dari one of the forwarded email. Macam rasa nak post gitu buat sharing.

When I read again, wow, terasa-rasa. Tapi itulah setakat panas seminit. Sekejap aje rasa pedas, lepas tu dah do something else, you forget again. Rasa malas bukan main.. salah siapa? syaitan, kerana menghasut.

Manusia, tak pernah nak salahkan diri sendiri. Ada saja something or someone to blame on.

Tapi insyallah, kuatkan iman, lihat kelemahan sendiri.. Apa yg diura akan dikecapi dengan usaha.

Wednesday, August 24, 2005

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan


Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah,
Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah


Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat


Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'


Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan


Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan


Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya


Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti


Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat


Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia


Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan


Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Tuesday, August 23, 2005

YYYEEEAAHHH!! or AARRRGGHHH!!??

Should I say YYYEEEAAHHH!! or AARRRGGHHH!!?? Hmmm.. I wonder...

YEAH! - for the half-day working today. Yes, I'm on half-day PM today. Goin to HDB, then after that to my cuzzin place for gubahan hantaran.. Well me sibuk2 je kat situ.. bukan nya I ni creative seh.. just look at wat I did for time tunang.. hehe.. masuk then bungkus.. lagi senang..


ARGH! - for not going to tailor yesterday wif my cuzzin. Dah janji with her.. somemore the tailor can actually sew wedding dresses but cheap so cheap. Tu lah .. Ni semua gara2 nak sedapkan hati hubby. Hai.. lah nasib badan. Agaknya ni lah gara2 tak dgr cakap suami. Dia kata "dah banyak baju kurung/kebaya kat almari, buat baju 2 aje cukup tis yr." sembunyi lagi dari suami.. hai....

Monday, August 22, 2005

Al-Fatihah untuk ninda ku... & sekelian hamba Allah yg sudah meninggalkan dunia ini.. Al-Fatihah..

Last Thurs nite, hubby's uncle passed away peacefully. I was in the office till 10pm. As usual lah, waiting for hubby to finish off his work.

He died of pneumonia.. or cancer. Actually, he has already went for lung operation on National Day's Eve. 2yrs before, he has undergo operation to remove the cancer.. but it came back again. Doctor said that this time is the last stage of cancer. So I knew that any sooner, he may go. That's what happen to my aunty. She had breast cancer, then it spread to her bone, last was her lungs..

Anyway, I suddenly remember my late grandma. Well, she ever told me just a few days before she go, "Kalo nanti dah kawin, jangan lupe nenek eh..." . I was like takkan lah lupe nenek..

Yelah, I was thinking takkan lah I akan lupe keluarga after I gotten married. Then, after she left, then I realise what actually she meant. Jgn lupe sedekah-kan doa untuk nya...

Yep, sometimes, we can just forget abt the one that left us.. I mengaku that I do forget to doakan untuknya.. or even those that have left us..

Al-Fatihah untuk ninda ku... & sekelian hamba Allah yg sudah meninggalkan dunia ini.. Al-Fatihah..

Thursday, August 18, 2005

The Nokia phone story..

Just when I thot I can use my phone camera to snap2.. my hubby suruh pakai another phone.. Aiyah.. ni semua gara2 clumsy sendiri.. (tak pernah2 seumur hidup ade phone, phone jatuh...)

Last Mon, lepas amik wudhuk at my office level toilet, I left out the kaki portion. Thot of going to the paip dkt prayer room.. Skali met my collegue.. so since she blm amik wudhuk, we went to the 3rd level toilet.

I rush in the cubicle cos ingatkan nak cepat2 cuci kaki sebab she dah "urgent".. So rush, letak phone kat atas sanitary bin.. blm sempat I pusing taip.. phone slip.. slip.. slip.. terus masuk jamban(ngankung type).. I sempat tarik the tali phone pouch.. but the rest dah wet..

Nasib baik the phone is selaput with plastic cover + pouch.. tapi still wet kat atas & bawah..

So ni hubby ask me to rendam the cover.. cos it is the original cover.. then baru use.. haiya... so cannot use the phone first unless I got another spare cover..

Wednesday, August 17, 2005

Tips cinta suami isteri

1) Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2) Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3) Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4) Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5) Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6) Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja ! sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7) Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8) Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9) Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

10) Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11) Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12) Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13) Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14) Senda gurau dalam rumah tangga amat penting,ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15) Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras/menyara keluarga.

16) Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17) Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18) Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

tRYinG OuT!!


I've rch wk at 8.05am(hey thou the clock say differently).. so early.. wonder what's in today. I hope we are still on for Fish & Co.. hehe.. ok I've shred the papers. I've chk the emails & website. Now blogging time.

Actually thot tak nak blog.. yelah having ppl reading my so called personal diary.. but anyway, I just need to write or put in my thots somewhere abt the cat.. poor baby..

So here I am.. starting to blog.. ni nak try out some of the features.. ah nevermind will ask Jun or Mai.. hehe

Tuesday, August 16, 2005

A Sad Ending of a Dear Orange Cat

It's really sad. Just when I want to start work. I saw a dead cat on the roadside. I presume mase dilanggar, it didn't immediately die.. instead slowly.. So sad. If only someone had just stop & take it to the vet. Another life could be saved..

I was pillon-riding my hubby's bike. We were in a good mood cos we've arrived earlier than usual. Then at the traffic light at balestier rd. We saw the dearest thing by the side. Hubby tanya nak berhenti tak. I said ok .. Kept saying so sad.. Kesian sekali.

He make a big u-turn, before stopping at a carpark nearby. I thot of goin. But he insisted. So he took it using plastic. Then we spread it on newspapers before covering it with plastic again... There were no visible injuries(like intestines coming out,etc.. ) tapi ade darah from its nose. So cute the cat.. Then we placed it near my working place.

So sad.. a sad ending of a dear orange cat.. so sad...